Bila semalam mengungkit kisah
hari ini ingatan tak dapat lelap
kerana padanya bintang
padanya suria
cahaya emas bergemerlapan
jelmaan seribu keindahan
campuran kebal bersadur iman.
Mata kepala menyaksikan keluhuran budi
kegigihan menepis godaan demi sebuah kemajuan
menampan bayangan sayu kenangan
tersekat di sanubari
angin berseru dalam silu,
"Perempuan itu tak dapat dibeli di mana-mana"
Biarkan kabar terpotret
menjadi garisan permulaan larianku
moga terkejar jua impian yang terdampar
demi dorongan cinta di awangan ini
sampai mati kasih menjadi rahsia
cuma antologi doa dan amalan menanti di syurga
andai tak terjamah arca cinta itu
semasa hayatku.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar